Monday 17 April 2017

Slqcomputer | Malaysia

Apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum membeli hard disk drive atau cakera keras ni?

Masalah nak beli apa2 barang sekalipun secara online ni kita tau saja la. Jadi kalau hard drive ni, pada yg tak tau memang naya sungguh. Saya tak lama dulu ada beli online, HDD seagate baru. Bila sampai ketempat kerja, terus saya test guna software Hdd Sentinel. Dia punya power on tima dah dekat sebulan kalau tak silap, total start/stop count dia pun dah banyak, cuma sy tak ingat dh.

Cuma nasib baiknya, HDD tu xda bad sector, atau masalah lainnya setelah di test. Sebab beli disitu tak dapat nak suruh penjual tunjuk bukti. Nombor talipon pun xdak. Baik punya.

Dipendekkan cerita, kalau nak beli Terutamanya HDD, secara online, eloklah beli dari pembeli yang kita boleh minta bukti darinya. Send test result ikut whatsapp ke apa ke, penting yang ni. Kalau saya, saya suruh dia test guna Hdd Sentinel, snap gambar, hantar ikut wsap. Bukannya apa, ada yang bila kita tanya knp jual, dia kata komputer dah rosak, dekat setahun dah, jadi nk jual part2 nya.

Ini contoh test result utk hdd menggunakan software tu. Kalau 100% tu, kira boleh lah. Kene tgk juga serial number ngam ke tak  dgn yg nak dijual (atas sekali). (Klik gambar utk besarkan)


Dipendekkan lagi cerita, berbanding komponen komputer yang lainnya, saya rasa hdd ni cukup penting diberi perhatian. Itu lah sahaja.

----------------------------------------------------------------

REFURBISHED HDD

Saya ada hdd 'Refurbished' punya, saja nak bagitau kalau2 nanti anda terbeli hdd yang mcm ni. Ada yg kata refurbish punya tak tahan lama. Saya dan anda akan kata refurb punya tak sebagus yg baru. Tapi kawan saya kata, refurb punya melalui  test/diagnostic procedure yg sama seperti yang baru punya, sebelum dihantar/dijual semula pd pelanggan. 


Kita semua tahu refurbish punya adalah HDD yg dah rosak, dihantar semula ke kilang (warranty claim/RMA) dan diorang repair. (Klik gambar utk besarkan)


Kemungkinannya untuk hdd refurb ni bila dah hantar balik ke kilang, beberapa komponennya perlu diganti baru lantaran dh rosak, dan selebih nya yang lama. Saya guna yg ni sampai sekarang steady, cuma jarang pakai, guna untuk storage sahaja. Tapi kalau motor kapcai yang dah 5 tahun dirumah ni kalau diganti sebahagian komponennya kepada yang baru, adalah lebih baik kalau semuanya yang tu juge..

Untuk HDD western digital (WD) pun mcm tu juga, ada 'cop' recertified pada badan dia, boleh google utk contoh. Setakat ini sahaja untuk kali ini, terima kasih kerana membaca.

-------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------

Terima kasih kepada Lim sebab tolong adjust untuk projek baru nanti, saya tulis ni khas untuk beri penghargaan pada u. Lagi satu kali u datang sini saya ready payung besar punya hehe. Hdd, ram, psu  sudah sampai, tinggal procs, mobo saja belum lagi.




Semua gambar nak kena watermark sekarang ni, takot scammer guna untuk scam orang. 


Slqcomputer.blogspot.com