Monday 2 May 2016

Tips membeli hard drive / hdd , SSD , brand / jenama , dan menjaganya | Slqcomputer | Malaysia

Assalamualaikum semua,

Antara Western Digital, Seagate, Samsung, Toshiba atau Hitachi seperti dlm gambar dibawah, yang mana satu jenama yg anda akan beli..?


Pastikan beli HDD yang menggunakan SATA interface!! (soket penyambung (SATA) seperti dlm gambar)


Pengalaman saya guna hard drive (hdd) atau cakera keras ni memang mengejutkan! Yang paling reliable adalah Hitachi ! Dari 2011, saya pakai sampai sekarang, dengan penggunaan yg boleh dikatakan hardcore juga, dari kerja biasa sampailah gaming, sehari purata ntah berapa jam on, tak ada masalah langsung. Bila test guna HDD sentinel, test result 100% health dan 100% performance!

Guna Crystal Disk Info pula tak ada caution status! Memang TAHAN. 

Untuk jenama lain smuanya hancuss. Kenapa saya cakap mcm tu.. ? Sebab kerja saya memang menge-test hdd-hdd secondhand untuk dijual semula. Mungkin dh beribu hdd yg saya test.  Dari WD, SGT, Samsung atau Toshiba, ada yg MFG Date dia 2014, tapi dah tak boleh pakai. Tak tau kenapa. Tapi bukan semuanya mcm tu, cuma hitachi ni sy belum penah jumpa lg yg dh tak boleh pakai selama sy test mengetest ni. Punya banyak juga WD, SGT, Samsung, Toshiba yg dh 7-8 tahun punya tp masih steady sj. Jadi jgn takut nk beli pula utk jenama lainnya. Bagi sy keutamaan sy pilih hitachi, jenama lain smua FAIR. Kalau ada yg kate WD lagi bagus dari SGT, atau sebaliknya, sy tak setuju langsung. Kalau pakai hitachi pun tapi dok jatuh / terhentak memanjang, alamat jahanam juge tu. Kemungkinan besarnya dari aspek penggunaan..kalau dpt jaga yg ni, gerenti boleh tahan lama

Penjagaan / Cara Penggunaan

Ini paling penting dalam kelansungan jangka hayat hdd. Tips terbaik ialah:

1) Bila nk tutup komputer, pastikan pilih option Shut Down dulu, bukannya terus tutup suis!  

Masalah besar utk hdd kalau tak tutup komputer dgn cara betul, pilih Shut Down, dan biarkan dia padam dengan sendirinya dahulu. Lepas tu baru tutup suis.

2) Tunggu satu2 aplikasi habis buka atau tutup dahulu sebelum buat kerja lain

Sebagai contoh, bila anda buka satu aplikasi, pastikan aplikasi tu buka sampai habis dulu sebelum buka yg lain. Tak salah kalau nk buka banyak aplikasi dalam satu2 masa, cuma kena settle satu2 dulu, dah habis buka yg ni, baru buka yg tu. Hdd tak mcm processor, dia cuma ada satu tangan sj, sedang processor boleh sampai 8 tgn kalau jenis i7 series!  

3) Tak boleh terhentak-hentak kuat sangat.

Bg saya Hdd ni komponen yang paling fragile dalam sebuah komputer. Kalau terhentak sikit pun silap2 kena 1 bad sector. Bahagian head dia paling rapuh. 

Jadi hdd adalah komponen yg paling perlu dijaga dan paling mudah rosak berbanding komponen lain, apabila terhentak...

4) Kalau ada UPS, eloklah gunakannya bagi mengelak masalah komputer terpadam tiba2 akibat blackout. Keterangan lanjut mengenai UPS boleh lihat disini ye

HDD dan SSD.

1) SSD singkatan Solid State Drive. HDD ialah Hard Disk Drive. 

2) SSD mahal (dan storage size kecil), HDD murah (dan storage size besar).

3) SSD laju , HDD tak selaju SSD.

4) SSD ada risiko kehilangan data (apabila tidak ada langsung electrical charge) , HDD steady shj.

Pemenangnya ialah HDD. Insyaallah bila sy jual SSD nnt pemenang akan berubah ye. 


Slqcomputer.blogspot.com

----------------------------------------------------------