Monday, 22 February 2016

Panduan & tips membeli grafik kad | Beli ikut kemampuan komputer anda | Slqcomputer | Malaysia

Sementara banyak panduan dan tips yang fokus pada kehebatan dan kemampuan grafik kad, yang pada akhirnya bersetuju R9380X , R9 390, R9 FURY X, GTX TITAN Z , GTX980Ti antara yang terhangit.

Sampai terlupa ada yang beli R7 270x bawa balik rumah nak pasang pada low profile casing tak boleh masuk. Power suppy pula tak ada connector tambahan untuk soket 6pin. Total 220watt shj.

  • Jenis casing yang anda guna, atau yang bakal digunakan

Casing low profile tidak sesuai untuk dijadikan gaming CPU case.
Perbezaan saiz antara LP dan casing biasa
Grafik kad dari jenis low profile atau LP sememangnya lebih kecil, dan diperlukan untuk casing jenis LP. Grafik kad jenis LP boleh muat pada kedua jenis casing, hanya perlukan bracket panjang utk dimuatkan pada casing biasa. Kebanyakan casing LP mempunyai power supply berkuasa rendah antara 250watt sahaja. Untuk main games, tips nya jangan beli casing jenis LP ni.

  • Grafik kad jenis biasa dan LP 

Display port juga perlu diambil kira semasa mahu membeli grafik kad. Sekiranya and menggunakan monitor biasa, port VGA kebiasaannya diperlukan. Walaupun anda masih boleh boleh menggunakan adapter/converter, kualiti gambar mungkin tidak sebaik diharapkan. Saya pernah guna DVI to VGA adapter, gambar keluar, tapi satu warna shj.

  • Motherboard / mainboard anda mempunyai slot Pcie-x16 (untuk grafik kad)



  • Ada grafik kad memerlukan kuasa tambahan...

...melalui soket 6pin atau 8pin pada bahagian belakang grafik kad tersebut. Ini memerlukan power supply yang juga mempunyai connector 6pin atau 8pin agar dapat disambungkan pada grafik kad tadi. Untuk power supply biasa yg tidak mempunyai nya, anda boleh menggunakan converter 4pin to 6pin/8pin cable, ada dijual berasingan.

Soket 6pin pada belakang grafik kad
Power supply yg mempunyai connector 6pin diperlukan utk grafik kad diatas 
Beli sendiri cable adapter 6pin tu, sambung sendiri pun boleh antara power supply dan grafik kad. 
Grafik kad yang power sikit perlukan kuasa tambahan macam tu. Senang saja nak sambung wayar2 tu semua. 

  • Grafik kad yang menjadi pilihan anda tahun 2016 ini

Terdapat dua pengeluar Graphic Processing Unit (GPU) ini, iaitu NVidia dan AMD, dengan vendor  nya seperti Asus, Sapphire, MSI, Gigabyte, EVGA, Zotac dan lain-lainnya sebagai . 

  • Tips 1


Dengan andaian anda mahu membeli grafik kad untuk bermain game, samada game online, offline, Dota2, CS:GO, Steam, atau grafik, video editing, ciri-ciri grafik kad pilihan anda bermula hari ini sekurang2nya mestilah:

-1GB Memori (dan keatas)
-Jenis GDDR5 (DDR3 tak boleh jalan)
-Support DirectX 11 (paling kurang)

Contoh terbaik sebagai tanda aras paling rendah untuk ciri2 grafik kad pilihan anda diatas ialah Radeon R7-250 1GB GDDR5 . Grafik kad nya tak perlukan kuasa tambahan. Harga boleh tahan, tapi ini benchmark paling rendah untuk main kebanyakan game-game moden sekarang ni yang dicadangkan oleh blog ini. 


Untuk main semua games moden yang tercipta sehingga kini, (tanpa mengira setting rendah atau tinggi) , mengikut pengalaman sendiri dengan mengambil kira bajet, Radeon R7-260X 2GB GDDR5 OC VERSION  dah cukup dah. Grafik kad ini memerlukan power connector 6pin sebagai kuasa tambahan.

**Kedua-dua grafik kad bukan untuk low profile casing
**Anda mungkin boleh dapat grafik kad yang lebih baik dari harga grafik kad yang dicadangkan, jadi penting disini cadangan dibuat sekadar benchmark sahaja.
*Processor pentium dual core 2.8GHz dan RAM DDR2 adalah tidak termasuk dalam perbincangan.

Untuk R7 250, antara games yang tak boleh dimainkan (lagging teruk): Assassin creed unity, advance warfare (Ini yang saya main sendiri). Selain tu,  need for speed most wanted, starcraft II heart of the swarm, the witcher III, tak teruk sangat, cuma masih lagi lag atau tersangkut-sangkut walau guna low setting. Tapi banyak games yang boleh main dengan grafik kad ni. Banyak sangat. Cuma boleh dimain dalam low atau high setting sahaja perbezaannya. Kalau setakat Dota tak ada hal.

*Yang penting perlu ikut spesifikasi dalam Tips 2 yang saya beri dibawah untuk komponen / hardware lainnya.

Jadi penting untuk anda jadikan grafik kad ni sebagai kayu ukur untuk beli grafik kad dari jenis lain, di luar sana nanti. Anda tak akan menyesal.

------------------------------------------------------------------------

Tambahan

  • Tips 2

Berikut adalah panduan cadangan bagi komponen lainnya seperti processor, RAM yang perlu digabungkan bagi mengelak masalah bottleneck :

Untuk kedua-dua grafik kad yang dicadangkan diatas, pastikan sekurang2 nya:
  • Processor intel i3 2nd generation keatas (i3 3rd generation boleh support jenis memori 1600MHz , contohnya i3-3210 )
  • Jenis Memori (ram) DDR3 , 1333MHz paling kurang , 4GB paling kurang. Jadi kalau 8GB DDR3 1600MHz cantik sangat guna dgn i3 3rd gen diatas.
  • Pastikan motherboard yang dibeli support jenis memori DDR3 1333MHz paling kurang. Boleh semak di website mereka. 
*Jadi prinsipnya bila beli RAM jenis 1600mhz, pastikan prosessor dan motherboard anda juga support RAM frequensi yang sama.  
  • Untuk processor AMD, mungkin Phenom II X4 980 atau yang lain setanding dengan intel i3. Atau boleh cari yang support 1600MHz ram punya. 
*(Pastikan sekurang2nya processor ada 4 thread , atau 4 core)

Jangan sampai soket pada motherboard tidak sama dengan soket prosessor yg dibeli. Lihat tips memilih motherboard.





Slqcomputer.blogspot.my

Sunday, 7 February 2016

Upgrade memori RAM laptop dan notebook bagi laju sikit| slqcomputer.blogspot | Malaysia

Ada beberapa notebook dan laptop yg nk diupgrade RAM nye, sebab hanya ada 1GB shj. Dua netbook Samsung 1 Malaysia punye , 1 netbook Asus dan 1 laptop. Nak upgrade ni kena tgk juga motherboard dan cpu boleh support sampai brape GB RAM. Ade jenis Intel Atom smpai 2GB shj.


Stok RAM pun ada, xjadi masalah. Harga skrg kalau 1GB dgn 2GB utk DDR3 xde bezanya, dalam 45 - 60 mcm tu , kalau 4GB dalam 85 - 105 shj.

Jadi RAM utk notebook atau laptop ni slalunya dr jenis SO-DIMM , atau Small Outline - Dual In-line Memory Module , utk desktop Pc pula dr jenis DIMM. Custemer nk upgrade ke 4GB. Pakai pun Windows 32bit, memang boleh takat 4GB shj.

Processor utk notebook/netbook ni hanya support RAM frequency 1333Mhz shj , maka kalau letak RAM yg berfrekuensi lebih tinggi lg cthnya 1600Mhz, boleh juga. Lebih rendah pun boleh.





Ada sesetengah laptop / notebook atau desktop sekalipun, nak kena tukar yg sama jenis dgn yg didatangkan skali dgn komputer tu. Dulu ada sy try nk tukar RAM desktop all-in-one Lenovo, tp tk boleh. Panjang ceritanya.

Cuma tk smua sistem yg hanya ada 1GB RAM ni , pelahan. Ada banyak cara nak bg komputer laju. Yg paling pantang utk 1GB komputer ni kalau ada Real-Time monitoring. Slalunya anti-virus. Dan dari segi visual appearance, kena kurangkan skit. Dll.

Bila dh upgrade skit, xde lah bottleneck sgt komputer kita, dan komputer kita akan lebih laju.


slqcomputer.blogspot.my